Sarawak kinektok dah ada sumber elektrik lebih dari cukup untuk keperluan setempat selepas siapnya empangan Bakun. Dengan pendekatan pemerintah knektok yang mendekati teknologi, kamek rasa dah tiba masanya untuk kita menjadikan negeri tok kondusif untuk kereta elektrik.
Kinektok dah berlombak-lombak syarikat besar molah model kereta elektrik yang praktikal dengan kos yang realistik, dapat pergi jauh setanding ataupun lebih dari kereta yg guna petrol atau diesel. Kmk harap negeri tok dapat membangunkan banyak tempat mengecas kereta elektrik, mengecualikan cukai untuk kereta import elektrik, bahkan kerajaan negeri dapat memberi stimulus untuk memulakan syarikat pembuat kereta sendiri di Sarawak tok.
Mun ada syarikat kereta elektrik kelahiran Sarawak, antara kebaikan yang dapat lahir ialah mewujudkan peluang pekerjaan, menambah industri berteknologi tinggi dalam negeri, melahirkan lebih rami pakar dalam bidang tok, dan juak boleh menarik minat pelabur datang ke sitok. Sik perlu terus molah kilang. Cukuplah bermula dengan mengumpul minda-minda muda untuk ‘brainstorming’, menggalak startup untuk kereta elektrik, membuat pertandingan, dan kenalpasti bakat untuk diasah dan diserap ke dalam dunia sebenar. Boleh jadi benda tok (syarikat kereta elektrik Sarawak) akan menjadi kenyataan lagi cepat dari yang kita sangka mun bermula kinektok.
Petronas pun menjangkakan bisnes petroleum mungkin hanya tinggal 20-30 tahun lagi untuk beroperasi seperti sekarang.
0 Ulasan