header ad

Toyota Supra, kelahiran semula lagenda permotoran

  

          Baru-baru ini Toyota telah mengumumkan pelancaran model Supra generasi ke lima mereka setelah 17 tahun model Supra generasi ke-empat diberhentikan produksi di kilang mereka. Pertama kali didedahkan kepada dunia pada awal tahun ini sempena North America International Auto Show 2019. 


            Ianya dihadiri dengan tiga varian, GR Supra 3.0L, GR Supra 3.0L Pro dan GR Supra Edisi A90. Menggunakan enjin yang sama, perbezaan antara dua varian 3.0 & 3.0 Pro, versi Pro memberikan lebih aksesori antaranya dengan menawarkan sistem audio JBL premium, pengecaj tanpa wayar, kerusi leather hitam dan juga Head-up display (HUD). Versi A90 menawarkan rekabentuk rim khas 19 inci, cat ekslusif Storm Grey matt dan hiasan dalaman yang menggunakan tona merah. Edisi A90 hanya dihadkan kepada 24 buah di UK.


Toyota Supra A90 Edition
            Seperi yang didedahkan dalam laman web rasmi Toyota UK, harga jualan bermula pada £52,695.00 (RM 284,484.50) untuk varian 3.0L dan £54,000.00 (RM 291,529.80) untuk 3.0L Pro. Walaubagaimanapun, Supra Edisi A90 tidak didedahkan harganya.

            Fakta menarik berkenaan Supra kali ini, ia merupakan projek kerjasama antara Toyota dan BMW. Enjin yang digunakan untuk Supra ini merupakan enjin yang dibekalkan oleh BMW dan tempat pengeluaran model ini akan dibuat di Kilang terletak di Austria, berkongsi fasiliti dengan model BMW Z4.


            Model Supra ini bakal dikuasakan dengan enjin 6 silinder in-line 3.0 liter yang memberikan 340 DIN hp pada 5000-6500 rpm. Ia membolehkan Supra ini bergerak dari 0 ke 100km sejam hanya dalam 4.3 saat. Ianya boleh mencecah kelajuan 250km sejam dan boleh pergi laju lagi tetapi dihadkan secara elektronik. 


              Model keluaran pertama Toyota Supra generasi kelima telah berjaya dilelong pada harga USD 2.1 juta (RM 8.66 juta) ketika sesi lelongan amal oleh syarikat Barett-Jackson di US pada bulan ini. Model ini dijangka mula dijual pada suku pertama tahun ini. 









Catat Ulasan

0 Ulasan