Kereta elektrik kini menjadi tren di
kebanyakan negara maju. Peningkatan kesedaran untuk menjaga kualiti udara dan
alam sekitar menjadikan jumlah jualan kereta elektrik semakin meningkat.
Strategi pemasaran dan produk yang semakin menarik dan moden berjaya mengubah
persepsi orang ramai terhadap kereta elektrik.
Berikut merupakan senarai kereta
elektrik sepenuhnya (hibrid tidak termasuk) yang dijual secara rasmi di
Malaysia.
Nissan Leaf
Nissan Leaf generasi pertama |
Model ini
merupakan model elektrik penuh yang paling laku di dunia di mana 400,000 unit
telah terjual sejak pengenalannya pada penghujung tahun 2010. Ia dikuasakan
dengan synchronous electric motor yang mampu menghasilkan 110
kuasa kuda dan 280 Nm tork. Ia dibekalkan dengan pek bateri lithium-ion 24 kWh
memberikan jarak sejauh 140-160 km pada setiap caj penuh.
Generasi kedua Nissan
Leaf diperkenalkan dan bakal memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini, 2019,
dengan perubahan siknifikan dari segi reka bentuk dan kapasiti jarak. Versi
biasa dilengkapi bateri pek 40 kWh dengan jarak 240 km. Versi Plus pula
dilengkapi dengan bateri 62 kWh dengan jarak sehingga 364 km untuk setiap caj
penuh.
Nissan Leaf generasi kedua |
Nissan Leaf
generasi pertama mula dibawa masuk di Malaysia pada 2013 dan dijual dengan
harga RM 180,566.18. Ia masih dijual kini sebelum pelancaran generasi kedua
pada masa terdekat.
Dilancarkan
secara rasmi di Malaysia pada suku pertama 2016, Renault Zoe merupakan
alternatif yang lebih murah berbanding Nissan Leaf sebagai kereta elektrik
penuh, dijual bermula RM 146,000. Motor elektriknya mampu menghasilkan 87 kuasa
kuda dan 220 Nm tork. Pek bateri lithium-ion yang digunakan membekalkan tenaga sebanyak
22 kWh memberikan model dari Perancis ini jarak 210 km pada setiap caj penuh.
Zoe termasuk dalam kategori segmen B hatchback 5 pintu, telah terjual lebih 130,000 unit seluruh dunia sejak produksi kali pertamanya pada tahun 2012.
BMW i3
Kereta
elektrik segmen B ini baharu sahaja dibawa masuk ke Malaysia. Dilancarkan
secara rasmi pada April 2019, model premium daripada Jerman ini dilengkapi
dengan motor elektrik yang memberikan kuasa kepada tayar belakang (Nissan Leaf
dan Renault Zoe menggunakan pemanduan tayar hadapan), memberikan 181 kuasa kuda
dan 270 Nm tork. Ia mampu bergerak sejauh 260 km pada setiap caj penuh
dibekalkan pek bateri 42.2 kWh.
Model ini
merupakan model yang paling mahal berbanding model di atas, dijual bermula pada
RM 279,000. Model i3 juga diberikan pilihan yang mempunyai enjin petrol 2
silinder yang berfungsi untuk memberikan lebih jarak (range extender) tanpa
perlu mengecaj. Namun pilihan ini tidak dijual di Malaysia.
Apa pendapat anda dengan model
pengenalan kereta elektrik di atas? Kami berharap industri ini semakin
berkembang di negara kita untuk 5 tahun akan datang kerana manfaatnya untuk
alam sekitar amat ketara di samping mengurangkan kebergantungan kita dengan
sumber minyak yang semakin susut simpanannya. Jangan lupa tinggalkan komen anda
di bawah.
1 Ulasan
Mahal....sangat2 mahal
BalasPadam