header ad

Toyota Supra habis dijual dalam masa 17 minit!


Toyota Australia telah mengumumkan untuk membuka tempahan model kereta terulung mereka iaitu Toyota Supra pada 19 Jun yang lepas. Ini merupakan kali pertama Supra generasi ke lima ini menjejakkan kaki ke Australia sejak pelancaran global model tersebut awal tahun ini.

Tempahan yang dibuka bermula 12 tengahari pada hari itu mendapat sambutan yang amat mengejutkan. Toyota Australia mengumumkan kesemua model yang disediakan telah habis ditempah dan mereka membuat pengumuman di twitter rasmi mereka hanya 17 minit selepas tempahan dibuka. 


Tempahan 19 Jun tersebut merupakan tempahan pusingan pertama daripada tiga pusingan yang telah dirancang untuk tahun ini. Setiap tempahan akan disediakan sebanyak 100 unit sahaja. Mereka berkata pusingan kedua tempahan akan dibuka pada 17 Julai ini. 



Hanya dua spesifikasi model tersebut yang dijual, iaitu Toyota Supra GT berharga RM 244,673 dan Toyota Supra GTS yang berharga RM 273,492.

Baca mengenai butir-butir khusus spesifikasi tersebut di sini:
https://www.borneoauto.com/2019/01/toyota-supra-kelahiran-semula-lagenda.html

Pelanggan yang menempah dikehendaki membayar sebanyak RM 2,880 untuk tempahan dalam talian tersebut di mana wang tersebut masih boleh dipulangkan jika tempahan dibatalkan. 

Selepas tempahan dalam talian tersebut dapat dibuat, ia dimuktamadkan dengan wang pendahuluan sebanyak RM 11,523 dengan pilihan spesifikasi model dan warna. Walaubagaimanapun, Toyota Australia berkata mereka tidak dapat menjanjikan pelanggan akan mendapat spesifikasi dan warna pilihan mereka untuk 100 unit pertama ini dan perlu menunggu lebih lama jika mereka masih mahu spesifikasi yang mereka inginkan.

Toyota Malaysia pula dijangka akan membuat pelancaran dan membuka tempahan Toyota Supra generasi ke lima ini pada penghujung tahun ini. 







Catat Ulasan

0 Ulasan