Dijual pada harga RM 23,367 (belum masuk insurans), anda boleh memilikinya dengan membayar hanya rm 260 sebulan (9 tahun dengan 10% bayaran muka). Dengan harga semurah ini, apa yang anda dapat?
Enjin
Model ini dikuasakan oleh 1KR-VE, enjin Toyota yang juga dipasang pada semua varian Axia dan juga Bezza varian G 1.0L. Enjin ini berkapasiti 998cc dan mampu menjana sehingga 67 kuasa kuda dan 91Nm tork. Dengan berat 825kg, enjin ini memberikan jarak sehingga 22km untuk setiap liter minyak yang digunakan.
Luaran
Varian ini menggunakan rim besi 14 inci, bukan aloi seperti yang lainnya. Kit badan tidak disertakan, lampu menggunakan projektor, dan tiada pengelap cermin untuk cermin belakang.
Dalaman
Ia tidak disertakan dengan poket di bahagian belakang tempat duduk penumpang dan pemandu hadapan. Tempat meletak cawan juga kurang, hanya dua di hadapan disediakan.
Keselesaan
Anda boleh menarik nafas lega, penghawa dingin, tingkap kuasa dan stereng kuasa diberikan sekali. Tetapi tiada penggera undur. Pandai-pandai lah ya tengok belakang masa undur.
Radio dan pembesar suara, anda kena pasang sendiri kalau nak dengar lagu kegemaran, kerana Perodua tak bagi pasang kat kilang. Kan nak jual murah. Yang nak pasang di kedai aksesori tu, kena ingat ya, waranti elektrik dan elektronik kereta anda akan jadi tidak sah.
Keselamatan
Tiada pembuka pintu kawalan jauh disertakan, anda perlu membuka kunci pintu secara manual dan mengunci kembali pintu kereta anda satu-satu. Tetapi kuncinya ada fungsi immobiliser. Bermaksud ada sensor dalam kunci tersebut untuk mengesahkan ianya kunci yang sebenar, bukan pendua ciput. Kalau sensor tu takda, enjin tak dapat hidup.
Beg udara ada dua kat bahagian depan. Sistem asas keselamatan iaitu anti lock braking system (ABS) dan vehicle stability control (VSC) tidak disertakan sekali. Bagi admin ABS dan VSC ini wajib ada untuk semua model baru dan kerajaan sepatutnya wajibkan. Nak tau kepentingannya boleh tengok video demonstrasi ciri tersebut dalam Youtube.
Rumusan
Walaupun tiada sistem ABS, VSC dan kunci kawalan jauh, bagi yang belum pernah memiliki kereta, Axia E manual memberikan kompromi yang berbaloi dengan harganya. Sekurang-kurangnya dapat berteduh dari panas hujan, dan bawa keluarga jalan-jalan, lebih selesa berbanding menggunakan motosikal.
Admin juga pernah dengar daripada orang dalam, varian E manual ini dikatakan sebagai model kebajikan daripada Perodua, dengan keuntungan tipis. Pengeluaran model ini terhad setiap bulan, dan anda perlu bersedia untuk menunggu 3 ke 6 bulan selepas membuat pembelian.
Apa pendapat anda tentang varian Perodua Axia E manual ini? Komen di ruangan bawah dan jangan lupa kongsi artikel ini jika bermanfaat.
1 Ulasan
axia 2023 penjimatan minyak 27.4km/liter
BalasPadam