Dengan rekaan yang sungguh berbeza dan diberi nafas baru, Myvi generasi terkini menjadi idaman ramai terutama para modders yang mempunyai senarai idea yang yang banyak untuk diterjemahkan ke dalam model tersebut.
Sejak 2005, Myvi telah dijual lebih sejuta, ya SATU JUTA lebih unit telah berada di jalanan. Syabas Perodua! Sebab itulah 'meme' Myvi semakin tular kebelakangan ini, kerana ia boleh dikatakan sebati dengan kehidupan harian kita. Kereta tema rakyat Malaysia.
Myvi generasi terkini yang dilancarkan pada penghujung tahun 2017 merupakan rekaan 'in-house' daripada Perodua, tidak lagi berasaskan dengan model Daihatsu Passo seperti model sebelumnya.
Masa saya tengah 'scroll' video di Youtube, satu video yang menarik perhatian ada satu ni, Myvi yang diubah suai dengan tema AMG Mercedes. Apa yang lagi 'win' untuk modifikasi ini adalah diorang masih mengekalkan logo Perodua dan Myvi. Sebab saya tak berkenan sangat tengok kereta tampal badge lain, hehe. Jangan marah ya.
Jum saksikan video di bawah.
0 Ulasan