header ad

Cara claim insurans windscreen kereta


Windscreen iaitu cermin hadapan kereta merupakan antara bahagian kereta yang berisiko tinggi untuk rosak akibat serpihan sesat seperti batu ketika memandu. 

Ini adalah kerana kedudukannya di hadapan dengan jumlah permukaan yang luas di samping bahannya yang diperbuat daripada kaca yang mudah retak.

Berita baik untuk anda, setiap tuntutan windscreen tidak akan memberi kesan kepada peratusan diskaun tiada tuntutan (NCD) anda.

Baca: Maksud Diskaun Tiada Tuntutan (No Claim Discount - NCD)

Untuk perkongsian kali ini, kami ingin meringkaskan prosedur untuk menuntut insurans apabila berlaku kerosakan windscreen.

1. Pastikan perlindungan windscreen ada dalam cover note (nota perlindungan) anda

Hampir semua syarikat insurans am tidak memasukkan perlindungan windscreen dalam perlindungan asas. Pastikan anda telah memasukkan perlindungan windscreen kerana jelas ia adalah syarat pertama untuk menuntut perlindungan windscreen.

Anggaran kadar tambahan premium untuk setiap jumlah perlindungan windscreen

Perlindungan windscreen    Tambahan premium

RM500                             RM75

 RM800                              RM120

RM1200                             RM180

RM2000                             RM300

2. Ketika berlaku kerosakan windscreen, anda dikehendaki membawa kereta anda ke bengkel secepat mungkin. Ia tidak dinyatakan secara jelas berapa jam atau hari daripada hari kejadian untuk membuat tuntutan windscreen, tetapi anda digalakkan membawa secepat mungkin sebaiknya dalam masa seminggu selepas kerosakan berlaku.

3. Bagaimana kalau kerosakan windscreen akibat kemalangan yang lebih serius, bukan hanya windscreen?

Untuk kes sebegini, tuntutan windscreen anda akan dimasukkan sekali dalam tuntutan kemalangan. Jika anda menuntut insurans pihak ketiga (3rd party), maka kos perbaiki windscreen akan dimasukkan sekali dalam tuntutan tersebut.

4. Sebaiknya anda menyemak dahulu panel bengkel insurans yang anda guna sebelum membuat tuntutan.

Sebagai contoh, bagi pengguna insurans Etiqa di Kuching, panel bengkel untuk tuntutan windscreen adalah di New Ik Tak Auto Glass Supplier di Jalan Sekama. 


Kelebihan menggunakan bengkel panel adalah anda tidak perlu membayar apa-apa jika jumlah perlindungan anda mencukupi dan telah diluluskan.

Jika pergi ke bengkel bukan panel, anda perlu membayar sendiri dahulu kos pembaikan sebelum membuat tuntutan dengan syarikat insurans, itupun jika diluluskan.

Dapatkan sebut harga percuma insurans kereta anda, klik: Sebut Harga Insurans

5. Adakah windscreen yang diganti merupakan jenama tulen atau tidak?

Anda boleh membuat permintaan sama ada untuk menggantikan windscreen anda yang rosak dengan jenama tulen atau dari pengeluar lain.

6. Anda boleh membuat tuntutan windscreen lebih dari sekali dalam setahun perlindungan. 

Ianya bergantung dengan jumlah perlindungan yang anda telah tambah dalam nota perlindungan. Contohnya, jika anda telah menambah perlindungan windscreen sebanyak RM1500 dan anda telah menuntut RM700, maka anda masih ada baki RM800 yang boleh digunakan untuk tuntutan windscreen seterusnya selagi nota perlindungan tersebut belum tamat tempoh. 

Anda ada persoalan atau tambahan untuk topik ini? Silakan kongsi pandangan anda di bawah.

Catat Ulasan

0 Ulasan