Kenapa TE37 begitu popular?
Dua perkataan, ringan dan tegar.
37 dalam nama TE37 bermaksud 3.7 kilogram. Ini merujuk kepada model keluaran pertama TE37 pada tahun 1996 yang berukuran 15 inci (15X6JJ) dan mempunyai berat hanya 3.7 kilogram untuk setiap rim. Untuk perbandingan, purata berat untuk rim kilang bersaiz 15 inci adalah sekitar 10 kilogram. Lebih dari separuh lebih ringan!
Walaupun ringan, rim TE37 terkenal dengan karakternya yang tegar. Rata-rata mereka yang aktif dalam sukan permotoran, peminat JDM dan peminat kereta secara amnya memberi maklum balas yang amat positif. Ia sangat tahan lasak dan mampu memberi stabiliti walaupun dihentam keras dalam litar lumba.
Rekaannya identiti TE37 adalah rekaan 6 spok yang ringkas. Tiada banyak bunga dan corak hanya prestasi. Walaupun ringkas, rekaan 6 spok ini juga membantu dalam menyejukkan cakera brek yang membantu brek berfungsi dengan lebih efektif. Rekaan ini juga dikatakan memberi keseimbangan yang paling optimum.
TE dalam nama TE37 adalah singkatan untuk "Touring Evolution" yang memberi mesej bahawa Volk Racing amat akrab dan menitik berat dalam dunia perlumbaan motor dan bersedia untuk berevolusi bagi memberi prestasi yang lebih baik walaupun sudah disanjung tinggi.
Kebanyakan rim TE37 dibuat menggunakan 100% aluminium yang ditempa melalui pelbagai proses untuk memberi ketegaran maksima. Anda boleh menonton proses pembuatan tersebut di bawah
Sudah menjadi lumrah untuk setiap produk dan jenama popular, pasti akan ada keluaran tiruan atau "copy ori" di pasaran. Pastikan anda membeli yang asli ya. Membeli rim tiruan boleh memberi risiko keselamatan. Ia mungkin dibina menggunakan material berstandard rendah dengan proses kualiti yang diragui.
Jika nak beli, jangan alang-alang. Beras kita beli! :P
1 Ulasan
Rim Ori Mahal sngt.tk mampu.nk beli
BalasPadam