header ad

Perodua Alza 2022 - Pelancaran semakin hampir!


    Sekarang sudah sahih bahawa model Perodua Alza yang sudah 13 tahun berada di pasaran Malaysia akan menerima suntikan baharu dengan penggantian model sedia ada kepada model serba baharu, bukan sekadar 'facelift'.

    Dikhabarkan untuk dilancarkan sekitar penghujung suku ke 2, 2022, ia dikatakan akan diasaskan daripada model Toyota Veloz atau Avanza baharu yang sudahpun dijual di pasaran negara jiran Indonesia. 

    Ia dijual di sana pada harga sekitar RM 86,000 - RM 99,000. Di Malaysia, harganya dijangka sekitar RM 60,000 - RM 70,000, harga yang terletak di antara Perodua Ativa dan Perodua Aruz.

    Ia mungkin akan menggunakan kotak gear yang sama digunakan oleh model Perodua Ativa dan Perodua Myvi iaitu D-CVT oleh Toyota dan enjin 1.5L VVT-i memberikan Alza baharu ini lebih jimat minyak berbanding model sedia ada. 

    Tren yang dilihat untuk model Perodua yang mengurangkan model berkotak gear manual, Alza baharu ini mungkin akan menerima hanya versi automatik. 

    Selain itu, jangkaan kami juga, ia akan diberikan ciri Perodua Smart Drive Assist (PSDA) pada model spesifikasi penuh seperti Perodua Ativa sekarang yang mempunyai teknologi seperti brek automatik, amaran keluar lorong, amaran titik buta, kawalan pelayaran automatik dan sistem salah-operasi pedal.

Berikut merupakan gambar Toyota Veloz yang dipasarkan di pasaran Indonesia. Kredit gambar https://www.toyota.astra.co.id/























Catat Ulasan

0 Ulasan